forex.pm forex forum binary options trade - Forex - Jutawan Forex
  • Welcome to forex.pm forex forum binary options trade. Please login or sign up.
 

Jutawan Forex

Started by Indonesia, Apr 10, 2020, 03:55 am

Previous topic - Next topic

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

Indonesia

Jutawan Forex.
Saturday, July 28, 2007.
Selamat Datang.
Assalammualaikum dan Selamat Datang ke Blog Jutawan Forex.
Blog Jutawan Forex ini saya bangunkan dengan matlamat untuk menyediakan satu platfom untuk sesiapa sahaja mempelajari Forex dalam bahasa Melayu (saya lebih suka menggunakan istilah Bahasa Melayu daripada Bahasa Malaysia kerana adalah JELAS majoriti yang menggunakan bahasa ini ialah orang Melayu dan asal usul bahasa ini ialah bahasa orang Melayu. Fullstop!)
Memang terdapat banyak sumber berkenaan Forex di internet. Tetapi hampir 99% nya adalah dalam bahasa Inggeris dan juga bahasa-bahasa lain. Peratus orang Melayu yang sudah mahir berbahasa Inggeris sudah meningkat, tetapi masih terdapat mereka yang lebih selesa untuk belajar Forex dalam bahasa Melayu, maka blog Jutawan Forex inilah tempat untuk mereka. Walaubagaimana pun, saya tidak akan menggunakan bahasa Melayu 100% dalam blog ini kerana terdapat beberapa istilah dalam dagangan Forex yang terpaksa saya kekalkan dalam bahasa Inggeris untuk mengelakkan kekeliruan kepada pembaca.
Dengan kesedaran bahawa masih ramai lagi di kalangan orang Melayu masih hidup di paras kemiskinan atau hanya cukup-cukup makan, maka saya harap, laman blog Jutawan Forex ini akan menjadi satu titik permulaan dalam melahirkan lebih ramai orang melayu yang mempunyai pendapatan lebih daripada cukup makan dan jauh daripada tahap kemiskinan.

Indonesia

Saya tidak menyuruh atau menggalakkan anda berhenti kerja dan berdagang Forex sepenuh masa. Anda boleh teruskan kerja anda dan jadikan Forex ini sebagai satu sumber pendapatan sampingan kepada anda.
Anda harus ingat,
" Forex bukanlah satu pelaburan yang mudah",
kalau Forex ini mudah, sudah pasti sudah ramai yang menjadi jutawan dengan hanya berdagang dalam Forex.
"90 - 95% pelabur biasa/baru dalam Forex mengalami kerugian dan hanya 5 - 10% sahaja yang berjaya mendapat keuntungan" ( Forex Trading - 95% of Novice Traders Lose - Could You Win? ) Untuk berjaya dalam dagangan Forex, anda MESTI mempunyai kemahiran dalam bidang Forex itu sendiri, dalam ertikata lain, MESTI BELAJAR ILMU Forex.
Itu saja tidak cukup, anda juga perlu praktikkan secara DEMO atau PAPER TRADING selama sekurang-kurangnya 1 bulan, sebaik-baiknya 3 bulan ke setahun!
Apakah itu sudah cukup untuk anda berjaya?
Belum tentu. Trade dengan duit DEMO (duit olok-olok) takkan sama bila anda mula trade dengan menggunakan duit sendiri.
Ini kemahiran yang paling utama, PERANG PSIKOLOGI . Halangan utama ketika mula berdagang Forex ialah anda akan berperang dengan psikologi anda sendiri sehinggakan adakalanya anda membuat keputusan yang salah ketika membeli atau menjual atau ketika OPEN dan CLOSE sesuatu POSITION .
Jika anda, sudah belajar tentang Forex, mahir menggunakan indicator, mahir menganalisa carta pergerakan harga, mempunyai trading strategy anda sendiri, berjaya membuat SEKURANG-KURANGNYA 70% keuntungan daripada dagangan anda (semasa DEMO/PAPER TRADING), dan anda mampu mengawal psikologi anda ketika trade wang anda sendiri ( REAL MONEY ).
Maka insyaallah, kejayaan anda ialah 90-99%. Lagi 10-1%? Lagi 10 - 1 % ialah NASIB .

Indonesia

Apa yang Blog Jutawan Melayu akan tawarkan kepada anda?
Apa yang akan anda dapat daripada blog ini adalah berupa.
segala ASAS Forex, carta pergerakkan harga matawang, pegalaman saya sendiri ketika mula berdagang dalam Forex sehingga sekarang, beberapa indicators yang boleh anda download dan gunakan untuk trade Forex, bagaimana menganalisa carta pergerakkan harga dengan menggunakan indicators berkenaan dan artikel-artikel untuk memantapkan lagi kefahaman anda tentang perdagangan Forex.
Saya t >PERCUMA untuk anda.
Namun begitu, anda harus ingat, segala maklumat dan pandangan saya dalam blog ini hanyalah sebagai panduan dan pandangan peribadi semata-mata. Keputusan untuk berdagang dalam Forex adalah atas pilihan anda sendiri.
Pergerakan harga matawang adalah dipengaruhi oleh pelbagai faktor fundamental seperti faktor ekonomi dan politik, bukan faktor teknikal semata-mata.
Oleh itu anda perlu berhati-hati ketika berdagang dalam Forex. Saya dan Blog Jutawan Forex tidak akan bertanggungjawab di atas segala kerugian yang anda alami.
Selamat ber Forex dan semoga berjaya menjana pendapatan sampingan yang AMAT LUMAYAN .

Indonesia

JUTAWAN MALAYSIA | JUTAWAN INTERNET | JUTAWAN HARTANAH | JUTAWAN MLM | JUTAWAN Forex | JUTAWAN MUDA.
Menjadi Jutawan merupakan impian dan cita-cita semua insan. Setiap Jutawan di dunia mempunyai cerita kejayaan masing-masing yang mampu memberikan inspirasi kepada yang lain. Blog ini membongkar cerita disebalik kejayaan Jutawan-Jutawan di dalam dan luar negara dari pelbagai cabang perniagaan.JUTAWAN MLM,JUTAWAN Forex,JUTAWAN UNIT AMANAH,JUTAMAN INSURANS,JUTAWAN RESTOREN,JUTAWAN BISNESTANI dan pelbagai lagi kisah kejayaan mereka.Mudah-mudahan kejayaan mereka menjadi contoh kepada kita.
Pages.
Friday, August 24, 2012.
JUTAWAN DUNIA : KISAH KEINSAFAN: Jutawan, Pengasas Bank Al-Rajhi Yang Memilih Untuk 'Miskin'
Saturday, June 23, 2012.
Monday, June 4, 2012.
JUTAWAN MALAYSIA : RAHSIA KEJAYAAN AL IKHSAN (ALI HASSAN)
SUMBER DARI KOSMO: Oleh.
SHAWKATH AZDE shawkath.azde@kosmo.com.my.
Pada usia 11 tahun lagi, Ali Hassan sudah berjinak-jinak dalam bidang perniagaan menjual aiskrim yang dibuat ibunya. Hari ini, kesungguhannya dalam bidang perniagaan berbayar dengan sebuah empayar bernama aL-ikhsan. BAKAL menyambut hari ulang tahun ke-39 tahun lima hari lagi, lelaki yang masih muda ini bukan calang-calang ahli perniagaan. Memupuk minat bisnes sejak kecil dengan prinsip hidup yang kuat berpegang kepada ajaran Islam, hari ini sebanyak 59 buah butik aL-ikhsaN di seluruh negara wujud dan menjadi bukti sebuah empayar perniagaan hebat miliknya.
Beliau adalah Ali Hassan Mohd. Hassan, pemilik rangkaian al-ikhsaN yang berkembang maju dalam tempoh 14 tahun. Rangkaian kedai aL-ikhsaN bukan asing lagi dalam kalangan anak muda hari ini yang menggemari produk sukan berjenama popular seperti Nike, Adidas, Puma, Reebok, Umbro, Lotto dan Diadora pada harga yang murah. Kejayaan mengembangkan kedai aL-ikhsaN sekali gus menghakis kritikan bahawa usahawan Melayu sering gagal dalam perniagaan serta menepis stereotaip bahawa orang Melayu sebagai malas dan layu. Mercu tanda kejayaan empayar al-ikhsaN di seluruh negara sebenarnya bermula dengan urusan jual beli baju sukan berasaskan modal kecil dengan kelompok pelanggan yang tidak besar.

Indonesia

Ali Hassan menceritakan produknya pada masa itu hanya dijual kepada rakan-rakan dan pensyarah beliau sewaktu menuntut di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor. "Masa menuntut di universiti dulu, saya akan beli satu dan jual satu. Ketika itu, jualan kecil dan modal juga kecil. Jualan dibuat kepada rakan-rakan satu universiti dan juga pensyarah saya. "Sewaktu di UTM, saya juga bekerja sambilan sebagai penghantar piza untuk menampung perbelanjaan pengajian dan sara hidup," katanya yang berkelulusan Diploma Kejuruteraan Mekanikal UTM pada tahun 1993. Ketika ditanya mengenai biasiswa yang diterimanya, beliau berkata: "Memang saya ada terima biasiswa tetapi saya berikan semua kepada ibu kerana kami bukan orang senang.
" AL-IKHSAN juga melebarkan butik perniagaannya sehingga ke Alor Setar, Kedah. Beliau yang merupakan pelajar cemerlang pernah ditawarkan peluang untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara tetapi ditolak kerana lebih cenderung untuk mengusahakan perniagaan. Bercerita lanjut mengenai kebangkitan aL-ikhsaN, Ali Hassan memberitahu perniagaan pertamanya bermula di ruang sempit di Holiday Plaza, Johor Bahru dengan modal perniagaan yang diusahakan dengan titik peluhnya sendiri. "Ketika itu, memang sukar untuk mendapatkan pinjaman daripada institusi kewangan kerana saiz perniagaan ini kecil. Itu bukan alasan untuk tidak berjaya. Saya kena rajin dan kuat berusaha dengan menjual baju sukan secara pantas. "Dapat sahaja barang hari ini, jual secepat mungkin. Cari peluang yang ada di mana sahaja asalkan boleh dijual," katanya yang pernah naik turun pejabat kerajaan dan syarikat swasta bagi memperoleh tempahan dan memasarkan barangannya. BUTIK aL-ikhsaN mendapat sambutan hangat di Johor Bahru, Johor.
Beliau mula mengusahakan perniagaan serius pada tahun 1994 apabila mendapati wujud trend permintaan terhadap barangan sukan yang amat menggalakkan. "Mulanya, saya berniaga kerana mempunyai minat mendalam terhadap sukan bola sepak tetapi kemudian ia menjadi lebih serius kerana pada ketika itu agak sukar untuk mendapatkan barangan sukan," katanya yang merupakan anak bongsu daripada lapan adik-beradik. Sambil meninjau susunan peragaan barang jualannya, beliau menyatakan dalam menjayakan sesuatu perniagaan, beberapa elemen penting perlu ada, antaranya kesabaran, kesungguhan, tiada perasaan malu serta tekun berusaha. "Walaupun kita gagal sekali atau sukar mendapatkan pinjaman bank, kita kena istiqamah dan terus buat sahaja. Jangan fikir apa-apa, usahakan apa yang ada. "Ini penting untuk kita bina reputasi walaupun mengambil masa satu atau dua tahun.
Bila orang melihat reputasi kita yang semakin baik, barulah mereka akan percaya. "Apa sahaja kita kena sabar. perbaiki apa kelemahan yang ada. Jangan malu bertanya kepada pelanggan apa yang mereka tidak puas hati. Biar mereka 'komplen'," katanya yang berpendapat ia merupakan antara langkah untuk memajukan perniagaan ke tahap yang lebih baik lagi. "Saya masih ingat lagi luahan pelanggan kerana barangan yang dipamerkan di kedai pertama sedikit dan banyak kekurangan. Itu tidak ada. ini tidak ada. Jadi, saya berusaha mendapatkan barangan yang mereka mahukan kerana ingin memuaskan hati pelanggan. "Ambil sahaja apa 'komplen' pelanggan dan jangan kita tafsirkan pendapat atau kritikan yang diberikan itu sebagai negatif. Itu tanda mereka sayang kepada kita dan mahu melihat perniagaan kita berkembang," katanya.

Indonesia

Resipi kejayaan selama ini yang didukung dalam diri Ali Hassan sebenarnya berpaksikan sepenuhnya kepada tuntutan dalam agama Islam. "Formula aL-ikhsaN dari dulu sehingga sekarang adalah jangan kita meninggalkan solat lima waktu, jaga ibu bapa kita sebaik mungkin, tunaikan zakat dan berikan sedekah dan bantu mereka yang susah. Beliau menyerah semuanya kepada kekuasaaan Allah dan mempercayai sekiranya melakukan sesuatu perkara kerana Allah semata-mata, kesannya amat berbeza. "Dari sini keajaiban akan berlaku dengan izin Allah. Kita kena yakin dengan janji Allah, iaitu siapa yang ikut perintah-Nya. kemenangan dan kejayaan akan diberikan di dunia dan akhirat. Mula-mula nampak susah tetapi sekarang semua keajaiban itu menunjukkan hasil. Inilah isi kejayaan yang sebenar," jelasnya. Selain pegangan kukuh pada tuntutan agama, senjata aL-ikhsaN yang sentiasa berada selangkah di hadapan pesaing adalah harga produk sukan dijual amat berpatutan bagi semua lapisan masyarakat.
"Apa yang paling penting ialah aL-ikhsaN memberikan produk-produk berkualiti dan berjenama antarabangsa dengan harga yang cukup berpatutan. Ini memberikan kepuasan kepada pembeli, sekali pakai mereka akan kembali lagi. "Kebanyakan produk yang ada di aL-ikhsaN tidak terdapat di kedai-kedai lain. Pilihan produk juga luas dan dijual pada harga berpatutan. Model kasut sukan dan peralatan lain yang dipakai oleh pemain bola antarabangsa terkenal juga terdapat di kedai ini. "Malah, setiap barang yang dilancarkan di Eropah boleh didapati di sini pada hari yang sama," tambah beliau. aL-ikhsaN Sport turut menyediakan kelengkapan sukan bertaraf antarabangsa yang mana produk yang ditawarkan adalah eksklusif dan berkait rapat dengan arena sukan dunia seperti Liga Bola Sepak England, Piala Eropah (Euro), Formula Satu (F1), Sukan Olimpik Beijing serta Piala Dunia 2010. Berhubung kesukaran dalam perniagaan yang dialami, beliau berkata, mengekalkan pekerja dalam industri peruncitan merupakan perkara utama memandangkan pemilihan kerjaya pekerja dalam industri tersebut masih lemah.
"Turnover staf adalah tinggi dalam industri peruncitan tetapi kami di aL-ikhsaN masih bagus lagi kerana kami memberikan pakej yang terbaik seperti motivasi dan latihan di ibu pejabat kami di Johor," katanya. ps: Berikut ialah contoh kejayaan usahawan melayu yg bertaraf jutawan,banyak contoh terbaik dari segi pemasaran dan kekuatan spiritual dalam diri beliau yg wajar kita praktikkan dalam diri kita,

Indonesia

345# Jutawan Forex Strategy.
Submit by Ketang 28/05/2012 (written by jutawan)
PARABOLIC SAR 1.
Berfungsi sebagai penanda sama ada market sedang uptrend ataupun downtrend.
Cara baca :- apabila PSAR berada diatas canddle stick bermaksud downtrend.
:- apabila PSAR berada dibawah canddle stick bermaksud uptrend.
BOLINGER BAND 2.
Berfungsi sebagai penanda sama ada market sedang uptrend ataupun downtrend.
Cara baca :- apabila BB ( MERAH )berada diatas canddle stick bermaksud downtrend.
:- apabila BB ( HIJAU ) berada dibawah canddle stick bermaksud uptrend.
STOP LOSS 3.
Memberitahu harga STOP LOSS yang dicadangkan untuk mengurangkan kerugian jika market berubah arah.
TAKE PROFIT 4.
Memberitahu TAKE PROFIT yang patut diambil berdasarkan pegerakan pasaran pada masa itu.
Berfungsi sebagai penanda sama ada market sedang uptrend ataupun downtrend.
Cara baca :- apabila graph semakin menaik ini bermakna harga semakin meningkat dan.
:- apabila graph semakin kebawah ini bermakna harga semakin menurun dan.
Berfungsi sebagai penanda sama ada market sedang uptrend ataupun downtrend.
Cara baca :- apabila STOCHASTIC bewarna MERAH mencecah penanda aras 80 harga akan menurun dan bermulanya downtrend.
(anda dinasihatkan agar tidak membuat BUY POSITION pada masa ini)
:- apabila STOCHASTIC bewarna BIRU mencecah penanda aras 20 harga akan.
meningkat dan bermulanya uptrend.
(anda dinasihatkan agar tidak membuat SELL POSITION pada masa ini.
Berfungsi sebagai penanda sama ada market sedang uptrend ataupun downtrend.
Cara baca :- apabila RSI berada di atas 70 ini menandakan pasaran terlebih belian dan boleh mengakibatkan harga jatuh pada bila-bila masa.
(anda dinasihatkan agar tidak membuat BUY POSITION pada masa ini)
:- apabila RSI berada di bawah 30 ini menandakan pasaran terlebih jualan dan.
boleh mengakibatkan harga naik pada bila-bila masa.
(anda dinasihatkan agar tidak membuat SELL POSITION pada masa ini)

Indonesia

BEARS (RED) 8 & BULL (BLUE) 9.
Berfungsi sebagai penanda sama ada market sedang uptrend ataupun downtrend.
Cara baca :- apabila BEARS dan BULL berada diatas ini bermaksud buy dan sell.
berlaku pada masa yang sama dan apabila BEARS berada di atas dan.
BULL dibawah ini bermaksud SELL berlaku dahulu diikuti dengan BUY.
( apabila BULL lebih tinggi dari BEARS ini bermaksud uptrend)
( apabila BEARS lebh tinggi dari BULL ini bermaksud downtrend)
RINGKASAN INDICATOR JUTAWAN Forex.
Diharap dengan penerangan satu persatu dari signal 1-9 telah membuat kan anda.
Bertambah jelas dengan apa yang diterangkan.
Kebiasaannya para trader hanya memeriksa 1,2 5,6,7,8 & 9.
No 3 & 4 tidak dapat ditentukan dengan tepat kerana kebayakan trader hanya berdasarkan setakat apa yang mereka berani sahaja, melainkan mereka memang cekap dan sanggup Membuat garisan FIBONACI ataupun ANDREW PITCHFORK dan sebagainya. Adakah anda sanggup?
Jadi bagi memudahkan anda justeru itu didalam indicator jutawanforex semuanya telah Disediakan untuk kemudahan anda, sehingga diringkaskan agar anda tidak perlu lagi melihat pegerakan indicator yang sukar untuk anda faham sebelum ini.
Share your opinion, can help everyone to understand the Forex strategy.

Indonesia

Jutawan Forex Strategy.
The trading strategy may seem complicated because of the very many indicators that are used, but on the contrary this trading system is very simple to use. The use of the many indicators helps in getting rid of the noises (false signals). Again, most the indicators that are used in this trading system are custom indicators and they come with the MetaTrader and they are very easy to use. You should look for the template and the indicators (there are some indicators that do not come with the MetaTrader) of this trading system online. Once you download the template and load it onto your trading chart, the template will combine and display all the necessary indicators for trading using this trading strategy.
This is the most comprehensive trading strategy that you will ever come across. It combines very many indicators making it to give signals that are 100% precise.
The indicators that are used in this trading strategy are MACD, stochastic, RSI, Bears, Bulls, BBand stop, Moving average (30) and Parabolic SAR. It also shows the previous day's lows and highs; these are seen well when the background color is changed to white. The trading strategy also provides three levels to place your take profit.
Fig.1. How the template of Jutawan Forex Strategy looks like.
The Jutawan Forex Strategy gives signals when a signal is given by the BBand indicator.
Fig.2. Picture showing the alert of the Jutawan Forex Strategy.
Also, if you look at the top left corner of the trading chart once the template has been loaded, you will see some texts showing the previous high, previous low, trend direction (e.g. Trend was down), market price where you should place an order (e.g. SELL @ 1.2045), stop loss level, three take profit levels and the owner and the account number. This information is very important to the trader since it summarizes all that the indicators are showing.

Indonesia

How to use the Jutawan Forex Strategy to place orders and close them.
When using the Jutawan Forex Strategy to trade the main things to look for are the arrows generated by the BBand and the trend direction. You should always ensure that you are trading in the trend direction.
Conditions to place a buy order:
You should place a buy order only when the dotted line of the BBand indicator is green and below the market prices (candlesticks) and gives a green arrow. The trend should also be upwards. The MACD indicator should be above the zero line. The stochastic indicator should cross the level of 20 (but below the level of 80) moving upwards. The RSI should be above the level of 50 but below the level of 70. The bears indicator should be above the zero line. The bull indicator should be above the level of zero. The white dotted line of the Parabolic SAR should be below the candlesticks.
Conditions for placing a sell order:
You should place a sell order only when the dotted line of the BBand indicator is brown and above the market prices (candlesticks) and gives a brown arrow. The trend should also be downwards. The MACD indicator should be below the zero line. The stochastic indicator should cross the level of 17 (but above the level of 20) moving downwards. The RSI should be above the level of 70 but below the level of 50. The bears indicator should be below the zero line. The bull indicator should be below the level of zero. The white dotted line of the Parabolic SAR should be above the candlesticks.
Fig.3. Placing ordersd using the Jutawan Forex Strategy.

Indonesia

JPY/JOD - Yen Jepang Dinar Yordania.
Berulang Satu kali.
Berulang Satu kali.
Untuk seluruh rilis mendatang Hanya untuk rilis terbaru Kirim reminder 1 hari perdagangan sebelumnya.
Posisi berhasil ditambahkan ke:
Penutupan Sebelumnya: 0,00660 Bid/Ask: 0,00656 / 0,00657 Rentang Harian: 0,00656 - 0,00657.
Grafik Interaktif JPY/JOD.
Sentimen Saya.
Kami mendorong Anda untuk menggunakan fitur komentar guna berinteraksi dengan pengguna lain, berbagi perspektif, dan saling bertanya antara penulis dan yang lainnya. Namun demikian, mohon perhatikan beberapa kriteria berikut demi menjaga interaksi berkualitas tinggi yang kita hargai dan harapkan:
Perkaya percakapan Jaga fokus dan hindari keluar jalur. Publikasikanlah hanya materi yang relevan dengan topik yang dibicarakan. Hargai orang lain. Setiap opini, bahkan opini negatif sekali pun, dapat disampaikan secara positif dan diplomatis. Gunakan gaya penulisan baku. Gunakan tanda baca dan huruf besar/kecil dengan sesuai. CATATAN : Tautan dan pesan spam dan/atau bersifat promosi dalam komentar akan dihapus. Hindari melontarkan kata-kata kasar, fitnah, atau serangan pribadi terhadap penulis atau pengguna lain. Komentar harus dalam Bahasa Indonesia.